SKPP9(1) PADA TAHUN 2000
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 9 (1) telah mula dibina pada 1 Disember 1998, di atas tapak seluas 174
200 kaki persegi (4 ekar) beralamat di No. 2, Jalan P9F, Presint 9, 62250
Putrajaya.
Dahulunya dikenali sebagai SK
Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan
salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia; dan telah diiktiraf
sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009.
Pembinaan sekolah ini bermula
pada pertengahan 1998 dan telah siap sepenuhnya untuk digunakan pada 17hb
Januari 2002, dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Penghormatan
sebagai Guru Besar yang pertama telah diberikan kepada En Sukimin Bin Juki yang
telah mula bertugas pada 24 Disember 1999. Pada 6hb januari 2000, 6 orang guru
telah melaporkan diri untuk bertugas dan jumlah ini telah bertambah semenjak
itu. Sehingga 9hb Oktober 2000, jumlah guru ialah seramai 59 orang.
Pendaftaran murid telah bermula pada 12hb dan 13hb Januari 2000. Pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2000, iaitu pada 17hb Januari 2002, jumlah murid adalah 193 orang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kakitangan berbagai kementerian yang telah berpindah ke Putrajaya. Kebanyakan daripada mereka tinggal di dalam Putrajaya.
Pendaftaran murid telah bermula pada 12hb dan 13hb Januari 2000. Pada hari pertama persekolahan bagi tahun 2000, iaitu pada 17hb Januari 2002, jumlah murid adalah 193 orang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kakitangan berbagai kementerian yang telah berpindah ke Putrajaya. Kebanyakan daripada mereka tinggal di dalam Putrajaya.
Bermula penghujung tahun
2013, sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar yang baru iaitu Pn Hhj
Rohayati Bt Hj Mansor. Terdapat 30 buah kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan
dua kelas untuk murid Prasekolah dengan jumlah murid seramai 1220 orang.
Sekolah menerima anugerah New Deals bagi tahun 2014.
Di bawah pentadbiran Pn Hjh
Rohayati Bt Hj Mansor, banyak perubahan telah dilakukan seperti pendekatan
penggunakan penulisan menggunakan FROG VLE, pembudayaan budaya kerja yang
profesional, perlaksanaan PLC di sekolah, pembangunan sumber manusia, projek
inovasi dan pembangunan sukan, membudayakan etos dan kebitaraan sekolah
kepada tahap yang lebih baik, membina hubungan dan jaringan dangan masyarakat
setempat, pihak badan kerajaan dan agensi-agensi yang berkepentingan, pihak
korporat dan individu yang sedia menberikan sumbangan kepada sekolah.
SENARAI GURU BESAR SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1) DARI TAHUN 1999
BIL
|
NAMA GURU BESAR
|
TAHUN BERKHIDMAT
|
1
|
EN. SUKIMIN BIN JUKI
|
OGOS 1999 - 2004
|
2
|
PN. NAFISAH BT HASAN
|
DISEMBER 2006 - 2014
|
3
|
PN. ROHAYATI HJ MANSOR
|
MAC 2014 - SEKARANG
|
Laman blog versi 2014 http://skputrajayapresint9satu.blogspot.com
Pengarang : Shamsul Mhd SayutiKemaskini : 5/8/2015
No comments:
Post a Comment